LP05 : Kerusi Panas CEO FINAS bersama Dato' Azmir
Legasi Podcast Legasi Podcast
5.57K subscribers
2,964 views
107

 Published On Oct 11, 2024

TRANSFORMASI DATO' AZMIR TERAJU INOVASI PERFILEMAN NEGARA

Memperkenalkan Podcast Legasi; Sembang, Sambung!, sebuah rancangan audio siar yang diteraju oleh dua sosok besar industri hiburan negara iaitu Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanahair disamping memikir-ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar.

Episod 5 kali ini membawakan Dato' Azmir Saifuddin Mutalib yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Siri kali ini meneroka peranan FINAS dan persoalan yang melingkari agensi ini, dari kritikan terhadap ketidakupayaannya sehingga kepada persoalan Oscar. Apakah masa depan industri perfileman negara dibawah visi baharu CEO FINAS pada hari ini? Dengarkan jawapannya dari mulut Dato’ Azmir sendiri!

Dari layar kaca ke layar talian, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan!

Ayuh Sembang dan Sambung Legasi!

Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia, Kementerian Perpaduan Negara, FINAS serta Arkib Negara Malaysia.

#Legasipodcast #Sembangsambung #Likesharesubscribefollow #FYP #DatoAzmirSaifuddin #RuminahSidek #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy

show more

Share/Embed