LP01 : Legasi 60 Tahun Kegemilangan Ruminah Sidek
Legasi Podcast Legasi Podcast
5.57K subscribers
68,001 views
2.7K

 Published On Sep 13, 2024

ENAM DEKAD KEGEMILANGAN RUMINAH SIDEK : Dari Era P. Ramlee & A.R. Tompel hingga Jangan Pandang Belakang, Perjuangan Tak Kenal Penat di Arena Seni

Memperkenalkan Podcast Legasi; Sembang, Sambung!, sebuah rancangan audio siar yang diteraju oleh dua sosok besar industri hiburan negara iaitu Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanahair disamping memikir-ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar.

Episod 1 membawakan tetamu jemputan paling istimewa yang pernah menyandang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 iaitu Seniwati Ruminah Sidek atau Mak Mah, permata yang tidak asing lagi di tanahair Malaysia.

Antara isu yang dikupas dalam episod sulung ini adalah perjalanan Mak Mah sepanjang bekerjasama dengan P. Ramlee dan A.R. Tompel, transformasi industri hiburan bahkan Mak Mah juga berkongsi mengenai sisi P.Ramlee dan A.R. Tompel yang tidak kita ketahui.

Dari layar kaca ke layar talian, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan!

Ayuh Sembang dan Sambung Legasi!

Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Malaysia, FINAS, Arkib Negara Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara.

#Legasipodcast #Sembangsambung #Likesharesubscribefollow #FYP #RuminahSidek #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy

show more

Share/Embed