Percutian Pulau Perhentian 18 hingga 20 Sept 2024
Md Faiz Sadari Md Faiz Sadari
24 subscribers
274 views
6

 Published On Oct 9, 2024

Percutian kami sekeluarga kali ini ke Pulau Perhentian Besar, Terengganu. Menginap di Cozy Chalet selama 3 hari 2 malam. Kami buat tempahan pakej aktiviti dengan Shalzan Maju Perhentian serta bot pergi dan balik ke Pulau. Terima kasih pada ‪@salzanmajuperhentianholidaysdn‬ kerana menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Perjalanan kami dari Cheras Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu mengambil masa selama 6jam. Kami bermalam di Masjid Inap Seberang Takir. Dan menuju ke Kuala Besut pada keesokan harinya.

Perjalanan pulang, kami sekeluarga menuju negeri Kelantan kerana tidak jauh dari Kuala Besut. Sepanjang perjalanan, kami singgah ke membeli keropok di Keropok Lekor Z Pachakan Pasir Putih Kelantan, berjalan di persisiran Pantai Nami Bachok, sebelum tiba ke Kota Bharu. Selepas itu, kami teruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur mengikut jalan Gua Musang-Bentong.

Shooting by:
Iphone 13 pro max
Insta 360 x3

show more

Share/Embed