All about the khaki tent | Khakis Camp-meet ; Amity | Khakis Camping Malaysia (KCM)
MK STORY MK STORY
2.2K subscribers
5,969 views
57

 Published On Jun 27, 2024

Campground : Lu-Ying II Campsite
Location : Kampung Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Assalamualaikum dan hi.. Sebelum itu saya minta maaf kerana lambat mengeluarkan video dari kami. Ada masalah teknikal yang berlaku kepada footage dan gambar yang kami shot.

Cerita camping kami kali ini bersama group KHAKIS CAMPING MALAYSIA yang dikenali KCM. Camp-meet ini dianjurkan oleh KCM sendiri. Syarat untuk sertai cuma jika anda ada kemah berwarna khakhi anda boleh sertai. Ini adalah camp-meet pertama yang dianjurkan oleh pihak mereka.

Ingin saya nyatakan disini bahawa saya bukanlah Official Videographer majlis ini. Sekadar berkongsi pengalaman dihari kejadian. Tidak banyak aktiviti dilakukan kerana sekadar santai, berkenalan, berkongsi pengalaman dan berhibur. Kebetulan juga pihak tajaan Lu-Ying camp sendiri menyambut 1 tahun ulang tahun campsite mereka. Pihak penganjur juga mengadakan majlis sambutan ulang tahun Lu-Ying camp yang pertama kalinya. Selain itu juga ada gimik melepaskan burung merpati sebagai tanda merasmikan tapak perkhemahan Lu-Ying II yang baru.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada tajaan-tajaan lain, Pops-lab Ice cream, Siti Khatijah, Anbot Store, Tisha's dan Nuha. Ada lagi tajaan dari yang lain, tapi kami tidak ingat. Semoga Allah SWT membalas baik budi kalian.

Akhir kata. Mohon Ampun dan maaf jika pihak kami MK Story ada melakukan kesalahan, terlanjur kata atau apa-apa yang menguris hati sepanjang kita bercamping 3H/2M bersama. Kepada admin KCM saya ucap tahniah dan selamat maju jaya.

Semoga anda semua terhibur dengan video kali ini. Kepada yang suka dengan video kami, sila like, komen dan subscribe.

Shot on device : A6000 with 18-135mm Sony
Software : Adobe Premiere

FOLLOW OUR ADVENTURES:
Instagram :   / ​  
Facebook :   / mk-story-103417951907614  

MUSIC :
YT Audio Library
www.facebook.com/othman.a.l.0/​

TENT : Sabbatical Gilia


#campinglife​ #outdoorlife​ #familycampingmalaysia

show more

Share/Embed