Pembangkang persoal Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
KiniTV KiniTV
2.28M subscribers
15,344 views
111

 Published On Premiered Oct 20, 2024

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan hari ini mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang menghalang Ahli Parlimen yang digantung, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada duduk di galeri awamnya.

Ini menjawab surat Johari Abdul pada Selasa lalu yang memberitahu Fayhsal (PN-Machang) bahawa beliau tidak dibenarkan berada di galeri atau bilik pegawai kerajaan yang bertugas di Dewan Rakyat kerana beliau telah digantung di bawah Peraturan Mesyuarat 44 (5).

Menurut Takiyuddin (PN-Kota Bharu), peraturan itu hanya mengatakan bahawa ahli Parlimen yang digantung tidak boleh berada di dalam mesyuarat dan mengambil bahagian dalam perbahasan.

Sumber video:    • LIVE: Sidang Dewan Rakyat, Isnin 21 O...  

show more

Share/Embed