RESEPI CUCUR KEMBUNG MANIS SEDAP | Rangup Diluar Lembut Dan Gebu Didalam
Dayang Suri Dayang Suri
108K subscribers
146,652 views
1.5K

 Published On Dec 13, 2022

Assalamualaikum,hye semuaaaa...kalini Dayang nak kongsikan RESEPI CUCUR KEMBUNG MANIS yang sangat mudah,cepat dan sedap....teksturnya garing diluar dan sangat gebu dan lembut didalam..resepi ni juga akan membuatkan cucur kembung ni tetap lembut dan gebu walaupun dah sejuk...

Nak buat cucur ni sangat ringkas,cuma perlukan beberapa bahan asas yang biasa ada kat dapur rumah kita. Ianya sangat sesuai untuk disajikan waktu minum petang atau saparan pagi.Boleh dicicah dengan kuah gulai atau kari ikan,ayam atau dading,cicah sambal bilis,cicah susu atau dimakan kosong begitu sahaja bersama secawan teh atau kopi😊

Cucur ni salah saty kegemaran Dayang dari kecil lagi, cucur ni kadang tok dengan mak buat,kadang dibeli saja dikedai, jadi siapa yang nak buat berniaga pun okay sebab memang laku keras cucur ni,nak nak pulak time sekarang,hujan je memanjang,memang best kalau dapat menikmati cucur kembung ni panas-panas...

Mak-mak yang takde idea nak buat cucur atau takde banyak bahan kat dapur bolehla cuba resepi yang ringkas ni,janji perut sekeluarga terisi dengan air tangan kita kan.. Haa nak tahu tak cara nk bagi cucur ni naik kembung elok dan bulat macam ni?jomm tengok video smpai habis,ada juga tips penting utk dikongsikan,jadi kena tgk video sampai habis taw...jangan lupa untuk like,subscribe,komen dan share video ni jika bermanfaat okey,terima kasih semua.


Bahan- bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sb yis kering
2 sb susu pekat manis
2 sb gula pasir
1 sk garam halus


TIPS :
1)Goreng guna api sederhana kecil untuk elakkan cucur cepat hangus.
2) Jangan perap adunan terlalu lama untuk elakkan dia terlebih diperam,sebab kalau terlebih adunan akan jadi masam,cucur akan lembik dan serap minyak dengan banyak,tak sesuai digoreng dah,masa yang sesuai untuk perap boleh tengok kat video ye.

#cucur #cucurkembung #cucurmanis #cucurkembungmanis #resepidayangsuri #resepimudah

show more

Share/Embed